Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduankepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbir serta pensyarah di Institut Pendidikan Guru
(IPG) dan Kolej Matrikulasi tentang pengurusan IPG/Kolej Matrikulasi dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Institusi pendidikan yang melaksanakan Program Pendidikan Guru dan Program Matrikulasi KPM di bawah agensi atau kementerian lain juga disarankan merujuk garis panduan ini.

Garis panduan ini merupakan dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pengoperasian IPG dan Kolej Matrikulasi. Sebarang perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) dalam dokumen ini.

KPM telah membuat beberapa sesi libat urus bersama-sama agensi berkepentingan serta pemegang taruh berkenaan pengurusan IPG/Kolej Matrikulasi dalam menghadapi COVID-19. Garis panduan ini juga telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Surat Siaran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula IPG dan KM dan FAQ

Semua warga IPG/Kolej Matrikulasi bertanggungjawab mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Pelajar
5.5.1 mengisi dan mengemukakan Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Jangkitan COVID-19 (seperti di lampiran) semasa pendaftaran;
5.5.2 digalakkan memuat turun, mengaktif dan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum mendaftar diri di IPG/Kolej Matrikulasi;
5.5.3 mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter antara individu ke individu yang lain sepanjang masa;

5.5.4 mengamalkan prinsip 3W iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun/ pensanitasi tangan (hand sanitizer) (wash), memakai pelitup muka (wear) dan amaran dari KKM berkonsep peringatan (warn) termasuk penjarakan sosial serta tidak bersalaman;
5.5.5 mengelakkan 3C iaitu menjauhi kawasan sesak (crowded place), elak kawasan sempit (confined space) dan elakkan dari bercakap/ dengan jarak yang dekat (close conversation);
5.5.6 memaklumkan kepada pihak pengurusan IPG/Kolej Matrikulasi sekiranya bergejala;
5.5.7 segera beredar setelah tamat setiap sesi PdP/peperiksaan;
5.5.8 mengelakkan diri daripada melawat rakan yang demam dan bergejala; dan
5.5.9 mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.