Garis Panduan Pelaksanaan PBPPP digunakan untuk membantu pihak yang mengurus, Pegawai Penilai (PP), Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terlibat secara langsung dengan PBPPP.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Garis panduan dan contoh-contoh yang diberikan dalam dokumen ini diharapkan dapat memberi
penjelasan dan panduan kepada semua pihak untuk merealisasikan pelaksanaan PBPPP
yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional dan
Keberhasilan.

Generik
Komponen Generik bertujuan untuk menilai profesionalisme dan penglibatan PPP.
Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen generik yang sama.

Fungsional
Komponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran PPP
mengikut bidang tugas dan tempat bertugas yang dijalankan.
Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang
tugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.

Keberhasilan
Penilaian Komponen Keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/
output yang memberi impak kepada klien berdasarkan tugas dan tempat bertugas.

Fasa Penilaian

Sepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga fasa penilaian iaitu
prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

Prapenilaian
Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:
a. Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di
organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
b. JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa
yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.
c. Pengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.
d. JK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan
pengesahan daripada agensi penyelia.
e. JK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat
organisasi pada tahun semasa.
f. JK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat
organisasi.
g. PP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Semasa Penilaian
Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:
a. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.
b. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
c. PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.
d. PP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan
memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas
yang dijalankan.
e. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan
selepas penilaian pertama (jika perlu).
f. PP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.
g. PP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada
PYD bagi setiap penilaian.
h. PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan
kepada PYD bagi setiap penilaian.
i. JK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi
memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.

Pascapenilaian
Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:
a. JK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud
perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2.
b. JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar
melalui sistem e-Prestasi.
c. PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem
HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.

Bagi memastikan anda memahami Panduan PBPPP ini, disarankan untuk membaca dan memuat turun dokumen berikut:

Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap)

Muat Turun Garis Panduan PBPPP

Semoga dokumen yang disediakan oleh KPM ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengurus dan melaksanakan
PBPPP dengan cekap.