Selepas Kementerian Pendidikan mengeluarkan Takwim Persekolahan 2020 yang terkini, pindaan cuti dan hari persekolahan, terdapat banyak keluhan yang diterima dari kalangan guru khususnya yang bertugas di seberang laut.

Seperti guru asal semenanjung bertugas di Sabah dan Sarawak atau guru Sabah Sarawak bertugas di semenanjung.

Wartawan Bernama TV sempat bertanya kepada Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkenaan hal tersebut.

KPM bincang pandangan ramai berhubung takwim persekolahan

#BuletinBernana : Kementerian Pendidikan Malaysia akan membincangkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berhubung pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020, namun apa yang penting dan perlu diberi keutamaan KPM pada masa ini adalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) buat pelajar. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya faham memang ada rungutan serta pandangan ramai yang berbeza mengenai perkara itu, namun perkara penting yang perlu diberi keutamaan adalah aspek PdP, termasuk soal kesihatan dan keselamatan dalam persekitaran pandemik COVID-19.

Posted by Bernama TV on Rabu, 24 Jun 2020

Perkara tersebut akan dibincangkan, beliau juga menekankan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru atau pengajar untuk memastikan kebajikan anak murid diutamakan.

#BuletinBernama : Kementerian Pendidikan Malaysia akan membincangkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berhubung pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020, namun apa yang penting dan perlu diberi keutamaan KPM pada masa ini adalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) buat pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya faham memang ada rungutan serta pandangan ramai yang berbeza mengenai perkara itu, namun perkara penting yang perlu diberi keutamaan adalah aspek PdP, termasuk soal kesihatan dan keselamatan dalam persekitaran pandemik COVID-19.