Kerajaan telah pun mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract of service , Contract for service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah
MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan ‘kepada rakyat terutamanya semasa negeri mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

Perkara ini dijelaskan dalam Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri sebelum ini.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Diharap bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam dan digunakan sebaiknya untuk menyambut lebaran yang bakal tiba.

Semoga rezeki yang diberikan ini dapat juga dikongsikan dengan saudara mara yang terjejas teruk dengan pandemik yang melanda negara kita.