IPOH – Enam sekolah dalam daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup selama tujuh hari bermula esok susulan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist dan SMK Bukit Jana.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

– SINAR HARIAN