Zoom merupakan perisian persidangan video yang popular kebelakangan ini, terutamanya di kalangan guru-guru dan ia juga digunakan pelbagai syarikat di seluruh dunia.
Sebelum ini perisian zoom telah dilaporkan mempunyai isu kerentanan sekuriti yang menyebabkan ia tidak begitu selamat digunakan.
Terbaru, ia telah dilaporkan bahawa 500 ribu akaun Zoom telah dicuri oleh “hackers” dan dijual di laman web gelap.
Menariknya, penggodam dilaporkan mendapat akses kepada akaun dan kata laluan pengguna bukan melalui kerentanan sekuriti pangkalan data mereka, tetapi melalui gabungan emel dan password yang didapati melalui data yang lain.
Terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh digunakan untuk persidangan video seperti Google Meets, Microsoft Teams, Skype, Lifesize dan Cisco Webex Meeting.
Selain daripada itu, jika anda ingin video call seperti biasa anda boleh sahaja menggunakan whatsapp video call, tetapi terhad kepada 4 orang sahaja.
Facebook juga kini telah mengemaskini aplikasi messenger dan boleh digunakan untuk persidangan video sehingga 50 orang (tidak semua negara)









