Di muka bumi ini, ada pelbagai jenis makhluk, ada manusia, jin, syaitan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh isi amal di bumi ini. Di kalangan manusia juga ada yang baik dan ada yang jahat, begitu juga di kalangan Jin, ada jin Islam, ada yang bukan Islam, ada juga yang baik dan ada yang jahat.
Sebagai manusia, sememangnya ada yang berhati mulia baik dan beriman kepada Allah serta sentiasa berkasih sayang antara sesama insan, namum begitu, bisikan syaitan dan kejahilan serta terlalu mengikut hawa nafsu membuatkan manusia lupa dan lalai sehingga sanggup menganiya orang lain dengan menggunakan sihir ataupun menggunakan makhluk halus sebagai usaha jahat untuk menghancurkan dan merosakkan orang lain.
Sihir amalan syirik
Oleh yang demikian, kita perlu berwaspada dan berhati-hati daripada terkena sihir ataupun santau ini. Di sini dikongsikan beberapa tips ataupun amalan untuk mengelak dari terkena sihir, gangguan makhluk halus ataupun santau.
1. Mengamalkan al-Muawwizat, Nabi Muhammad SAW juga pernah terkena sihir yang dilakukan oleh Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk mengingatkan kita bahawa terdapat surah dan ayat di dalam AL-Quran yang dinamakan al-Mu’awizat di mana sesiapa yang beramal bersungguh-sunggguh dan yakin maka ia akan menjadi penawar. InsyaAllah.
2. Mengamalkan membaca Al-Mathurat, kitab karangan al-Imam Syahid Hassan al Banna yang menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan Doa-doa sahih yang diajar oleh Rasulullah SAW.
3. Mengamalkan ayat Kursi. Ia adalah ayat yang paling agung dan pengubat serta penawar sihir.
4. Solat pada awal waktu dan berjemaah, adalah amalan yang utama yang perlu dilakukan, sebagai membina benteng dari gangguan syaitan.
5. Biasakan diri membaca Istiazah dan Basmalah dalam setiap pekerjaan. agar sentiasa menjadi amalan.
6. Sentiasa berwuduk dan berzikir tanda kita sentiasa ingat kepada Allah.
7. Antara ayang yang menjadi pelindung dan pengubat ialah:
Surah Al-Baqarah: 1-6
Surah Al-Baqarah: 255-257
Surah Al-Baqarah: 284-286
Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram. Semoga kita dapat mengamalkan tips-tips mengelak dari terkena sihir daripada orang yang tidak bertanggungjawab dan berhati busuk.