Saya merasakan ini adalah satu bentuk “objektifikasi” ke atas wanita, ke atas guru.

Berikut adalah ulasan Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkenaan Artikel Sinar Harian Guru Comel Tarikan Baru Ke Sekolah.

Saya merasakan ini adalah satu bentuk “objektifikasi” ke atas wanita, ke atas guru.

Tidak sewajarnya guru dilihat dengan pandangan sebegini. Sepatutnya keilmuan mereka menjadi ukuran dan sebutan. Bahkan dalam Islam,  menjadi fitnah jika ini penampilan yang dipaksakan ke atas guru wanita.

Ulasan Dr. Rafidah Hanim

Apatah lagi tidak sewajarnya anak-anak murid kita diasuh dengan nilai sebegini.

Jika kekemasan yang dimaksudkan, kita bersetuju tetapi jika rupa bentuk wajah seperti ‘comel’, ‘lawa’ dijadikan ukuran kepada seorang pendidik (seperti gambar hiasan) apatah lagi lilit tudung menjadi salah satu perkara yang diperkatakan di media utama, maka generasi bagaimana yang bakal kita lahirkan?

Yang memandang kepada tarikan ke sekolah hanya pada kecantikan lahiriah guru perempuan? Yang menilai gaya baju dan tudung lebih dari keupayaan menilai ilmu, kesarjanaan, sifat kependidikan dan keibuan?

Paparan media sebegini yang menyuburkan dan merancakkan lagi “objektifikasi” wanita yang selama ini didominasi oleh pertandingan ratu cantik dan pengiklanan, malah lebih mendukacitakan kerana ia dibuat di atas persada yang paling mulia,  dunia persekolahan dan alam perguruan.

Dipetik dari Facebook Page Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Leave a Reply