PU Syed telah dinobatkan Juara Pencetus Ummah musim ke-3 yg telah disiarkan secara langsung malam tadi, 27 November 2015 di Astro Oasis dan Maya HD. PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi. PU Syed juga merupakan seorang Guru Bahasa Arab di Ipoh dan merupakan peserta yang paling berusia, iaitu 33 tahun.

Beliau telah mempersembahkan tajuk Masjid Kenapa Kau Dipinggirkan dan persembahan bersama PU Lokman yg bertajuk Malam Pertama di Alam Barzakh.