Penjawat Awam Dilarang Kutip Derma Secara Peribadi

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah kongsikan kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan berkenaan perihal kutipan sumbangan oleh guru.
Berikut adalah Kenyataan KPPM yang di share oleh Menteri Pendidikan:

Berdasarkan Pekeliling perkhidmatan 3/1998 jelas bahawa penjawat awam termasuk guru tidak boleh mengumpul dana secara personal malah kalau sekolah membuat program kutipan derma pun perlu ada kebenaran pihak polis seperti jogathon atau walkathon. Juga sebarang hadiah melebihi RM500 perlu mengisi borang dan minta kebenaran dari Perbendaharaan melalui borang yang ada. Ketua Jabatan seperti Pengarah JPN perlu menguatkuasa pekeliling di atas. Matlamat biarpun dengan niat yang baik, tidak boleh menghalalkan cara. Guru ini juga boleh dinasihatkan oleh Ketua Jabatan berhenti mengutip wang dan wang yang ada dikembalikan dan juga boleh dibuat teguran dengan pekeliling yang berkuatkuasa.
Tan Sri Dr Khair Mohd Yusuf
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

 Pekeliling ini dikeluarkan pada tahun 1998, juga memfokuskan garis panduan penerimaan dan pemberian hadiah dalam perkhidmatan awam. Anda tidak boleh sesuka hati menerima hadiah daripada mana-mana syarikat dikhuatiri ada unsur rasuah. Boleh baca pekeliling ini untuk keterangan lanjut.

Anda boleh Muat Turun Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/1998 untuk maklumat lengkap.

Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah

Leave a Reply