Pelan Strategik Program 3K

Program 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3K merujuk kepada Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Secara amnya jika ketiga-tiga elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program 3K SMKSM terdiri daripada unit-unit seperti yang berikut:
·         Unit Keceriaan Kelas
·         Unit Tandas Bermaklumat
·         Unit Kawad Kecemasan
·         Unit Landskap & Keindahan
·         Unit Makmal & Bengkel Selamat
·         Unit Rawatan (Suntikan/Pergigian)

Persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Pelan Strategik 3K
Pelan Strategik 3K

Dikongsikan di sini beberapa dokumen Program 3K yang boleh dijadikan rujukan dan panduan yang boleh dimuat turun di bawah:
Perancangan Strategik 3K
Contoh Kertas Kerja 3K
Contoh Analisis SWOT 3K
Contoh Jawatankuasa 3K

Program 3K

Leave a Reply