Pekeliling Penggunaan Waktu Tidak Mengajar (Free Period)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-guru

Ketika saya mula bertugas sebagai guru, perkara pertama yang saya dapat bukanlah jadual waktu, tetapi Slip Relief, mula-mula tidak berapa faham sangat, kenapa saya dipilih untuk relief ni, kita tak ajar pun subjek ni, rupa-rupanya bukan saya sahaja yang dapat relief ni, ramai lagi yang turut sama dapat.
Kelas yang kita relief pula kadang-kadang kita sendiri pun tidak pernah masuk, murid pun pelik, kenapa tiba-tiba sahaja cikgu ni pulak yang ajar Bahasa Inggeris ni.
Rupanya hari tersebut ramai yang kursus, cuti rehat, cuti sakit, mesyuarat dan sebagainya. Sebab itulah guru baharu akan dapat relief dulu, jadual pun belum generate lagikan, jadi seminggu tu ganti kelas orang je lah.
Sebenarnya pada tahun 1981, telah dikeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru. Dalam pekeliling ini ditegaskan beberapa perkara penting yang boleh digunakan ketika Free Period (Waktu Tiada Kelas). Antaranya adalah:
  • Waktu tidak mengajar itu adalah waktu bekerja.
Guru Besar boleh menggunakan masa guru itu untuk:
  • Menggantikan guru yang tidak hadir.
  • Membuat RPH, membuat ABM
  • Memeriksa buku murid.
  • Mengadakan pertemuan dengan murid bermasalah.
  • Penyediaan aktiviti kokurikulum.
  • Lain-lain tugas yang difikirkan perlu oleh Guru besar
Pekeliling Free Period

Begitulah sebenarnya tugas guru, ini adalah pekeliling ikhtisas yang sudah lama sebenarnya, tapi masih lagi digunapakai di semua sekolah. Namun begitu, kerja guru tidaklah sehingga murid balik sahaja, selepas waktu persekolahan guru-guru biasanya akan terus sambung kerja-kerja dokumentasi dan pengkeranian pula. 
Waktu sebelah petang pula akan hadir lagi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum, latihan sukan, mengemas kelas, kelas tambahan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak siap akan dibawa pulang untuk disiapkan pada malam hari. Begitulah tugas guru di abad 21 ini, semoga diberkati dan diberi ganjaran pahala serta dirahmati hendaknya.
Pekeliling Penggunaan Waktu Free Period PDF

Leave a Reply