Guru merupakan pekerjaan yang mulia, guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik pelajar agar menjadi insan yang berguna, tanpa guru tidak mungkin kita berada di landasan yang betul sekarang ini.

­Sekarang permohonan pertukaran dibuka sepanjang tahun, https://epgo.moe.gov.my/ ramai juga yang memohon kerana ada pelbagai sebab. Ada yang memohon kerana berjauhan dengan pasangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, ancaman keselamatan, dan pelbagai lagi.

“Jika anda tidak lagi gembira bekerja di sekolah anda, itu bermakna anda perlu memohon pertukaran. Jika anda sangat selesa bekerja di sekolah anda, itu bermakna anda juga perlu mohon pertukaran”

­Namun ada juga yang memohon perpindahan kerana ingin merasa angin baru, admin sendiri pernah tanya kepada seorang guru, kenapa cikgu minta tukar? Bukan ke cikgu gembira dan selesa di sini.. Cikgu tu memberi jawapan dengan tersenyum, kerana terlalu selesalah saya perlu memohon pertukaran, kita perlukan cabaran, angin baru.. Kalau saya masih di sini, kitaran sepanjang tahun sama sahaja.

­Ada benar juga apa yang telah diberitahu oleh guru tersebut, jika kita terlalu lama di sesuatu tempat, mungkin kita sudah sangat selesa, tetapi apabila ke tempat baru, tugas dan tanggungjawab pun baru. Mungkin akan memberi pengalaman baru yang tidak daapt diperolehi di tempat lama.

Walaubagaimanapun, memohon pertukaran tidaklah semudah itu. Ini hanyalah pendapat beliau, mungkin anda juga ada pendapat atau pengalaman yang berbeza.

­Apa yang penting kita berusaha untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa Malaysia yang berjaya.