Kenapa Tingkatan 1 Sudah Kena Belajar Persamaan Linear Serentak

Memandangkan perubahan kurikulum yang berlaku dalam sistem pendidikan, KBSR kepada KSSR, kini KSSR Semakan, manakala di peringkat menengah pula KBSM kepada KSSM. Sukatan pelajaran juga disebut sebagai Standard Kandungan.

Matematik tingkatan 1 susah

Sebelum ini juga pernah dipersoalkan Buku Teks Tahun 1 BM terlalu KBAT, Matematik tahun 1 juga sangat susah, ibu bapa juga agak terkejut dengan tajuk-tajuk dan soalan yang ada di dalam buku tahun 1.


Semalam juga terdapat penjaga yang mengetengahkan masalah ini, tetapi di peringkat menengah.

Di peringkat guru-guru juga kami mengakui hal ini, murid terpaksa belajar tajuk-tajuk yang dahulunya di tingkatan 3 atau 4, dan kami sendiri sebagai guru bukanlah penggubal dasar, tetapi pelaksana, hanya menurut perintah menerima dasar, sistem yang telah disusun oleh KPM.

Berikut post dari Puan Hairin Anisa Tajuddin berkenaan isu ini:

——————
Sapa buat sukatan math form 1?? Apasal topik form 4 persamaan linear serentak ada dlm form 1 text book? Kegilaan apakah ini?
Korang ingat semua budak lahir IQ 180 ke??
Korang nak didik pelajar sekolah semua jadi macam albert einstein ke?
Korang ni nak didik anak2 jadi manusia ke, nak didik anak2 jadi robot kalkulator???
Kalau ramai remaja membesar betul2 jadi robot tak pa juga…klu rosak boleh baiki or buang or recycle kan?
Tapi cuba pikir…anak manusia ni ada perasaan weih!!
Ke korang pikir semua budak lahir genius macam Adi Putra???



I’m pissed off already!!! I feel angry when my 1st son claims that his tuisyen teacher told him that one of the topic (syllabus form 4 tahun2 lepas) i.e persamaan liner serentak ada kat dlm syllabus form 1. Teacher tu pun stress nak ajar & fahamkan student & terpaksa buat kelas tambahan utk bagi murid2 sekolahnya faham betul2.
My son is very stressful now!! Infact he was among the best student masa kat primary school. Apa nak jadi lah dgn sistem pendidikan Malaysia ni???

ADOHAI ANAK….UMMI KESIAN DGN KAMU SAYANG.

Bila balik drpd tuisyen math (anak saya tak pergi sekolah biasa sbb buat full time Tahfiz & belajar Al-Quran)….dia mengadu stress…
Subjek lain macam science dll lain2 dia tak stress sangat wlpn ada topik biology & kimia form 4 tahun2 lepas punya…sbb drpd primary school saya dah biasa dedahkan anak2 dgn buat experiment dan lain2.
Klu anak orang lain?? Yang mak ayahnya tak ada asas biology kimia fizik dll…macam mana agaknya ye??
Saya marah sangat ttg hal ini…. Rasa nak buat surat wakil ibubapa semua kpd KPM utk rombak semula syllabus ni. Boleh tak ye??
Ke ada orang KPM yg ada dlm friendlist saya tolong jawabkan??


Memang saya tengah bengang ni. Tapi saya buat2 relax depan anak & suruh dia buat kraftangan dgn adiknya utk release stress. Saya suruh dia baca ayat2 Al-Quran yg boleh buat dia rasa hilang stress. Saya kata padanya…Luqman relax2 dulu…jangan pressure otak utk fikir “persaman linear serentak” tu dulu.
Nasib baik dia dah faham konsep persamaan linear (tahun lepas ia adalah sukatan math form 2). Tapi saya nak otak dia “cooling process” sekejap. So saya deviate dia & ajak dia buat biskut raya kegemaran dia *biskut sarang semut* sebelum solat jumaat. Bagi dia happy & tenang dulu….then petang nanti lepas murajaah Al-Quran, saya akan tengok2 balik apa yg saya boleh bantu dlm math.

Ya Allah Ya Tuhanku…semoga kau bukalah hati pihak2 berwajib KPM utk rombak balik syllabus2 yg paling teruk di dunia ni untuk generasi manusia yg akan datang spy mereka JADI INSAN….bukan jadi ROBOT pemusnah dunia. Aamiin.

—————-

Begitulah luahan seorang penjaga, yang rata-ratanya penjaga lain juga turut bersetuju dengan pendapat beliau.

Leave a Reply