Beberapa hari lepas kita dihebahkan dengan keputusan Markah Prestasi, yang mana sebenarnya belum disahkan lagi oleh Panel Penilai.
 
Tugas guru semakin mencabar terutamanya apabila penekanan terhadap PdP Kelas Abad 21. Selain daripada itu, selaras dengan perubahan dari exam oriented kepada PBS guru juga perlu menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Memandangkan terdapat pelbagai program yang hendak dilaksanakan di sekolah, guru terpaksa memikul pelbagai tugas sampingan, ini menyebabkan fokus terhadap tugas hakiki iaitu mengajar sedikit terjejas.
 
Guru juga tidak mampu menolak kerja kerana dibimbangi Markah Prestasi akan diberi rendah sehingga menjejaskan kenaikan pangkat atau gaji. Guru yang bersuara lantang juga diminta memberi surat tunjuk sebab atas alasan ingkar arahan.
 
Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah mengeluarkan pelbagai peringatan seperti pematuhan 5 hari bekerja, pengurangan kos aktiviti majlis dan sebagainya ia tetap tidak diendahkan segelintir pihak.
 
Semoga kita berjaya memacu perubahan gelombang PPPM ini, untuk terus melangkah maju mendidik anak bangsa.