Login SPLKPM Modul Individu

SPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu laman web atau portal yang penting bagi guru. Portal ini dibangunkan untuk memudahkan dan melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, seminar dan bengkel yang telah disertai guru.

SPLKPM
Apakah yang ada di dalam SPLKPM ini?

Melalu SPL KPM ini para guru boleh login di Modul Individu untuk melihat senarai kursus yang telah disertai.  Walaubagaimanapun senarai kursus ini perlu dikemaskini atau di key in oleh Setiausaha Ladap atau penganjur kursus. Anda boleh melihat adakah jumlah kursus yang anda sertai sudah cukup atau belum untuk tahun ini. Bukan sahaja kursus secara berbengkel, tetapi kursus di atas talian seperti Kursus BOSOT juga akan disenaraikan di dalam sistem ini.

Cara Login SPLKPM Modul Individu

Log Masuk di: https://splkpm.moe.gov.my/
(Pilih modul individu)

Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan

Selepas berjaya log masuk, anda akan dapat melihat paparan menu-menu berikut

  • Pengenalan

Pengurusan SPLKPM
Senarai Kursus Tawar
Kemaskini Permohonan Kursus

  • Latihan dan Sesi Pembelajaran

Senarai LDP Dihadiri/ Daftar KKL
Senarai Bimbingan & Pementoran
Senarai PLC

  • Pembelajaran Kendiri/ Aktiviti lain PPB
  • Perekodan Latihan Lain
  • Analisis dan Pelaporan
  • Utiliti Pengguna
  • E-Profil

Cv Curriculum Vitae
Anda boleh rujuk, penerangan di artikel sebelum ini, Cara Dapatkan Curriculum Vitae Guru

Training Needs Analysis (TNA)
Ini pula adalah soal selidik keperluan kursus yang anda harus hadiri.
Bagaimana cara melihat berapakah jumlah kursus yang telah anda hadiri pada tahun ini.

Mudah sahaja, anda pergi ke menu Analisis dan Pelaporan, klik pada pelaporan, dan akan dipaparkan jumlah hari yang telah anda hadiri pada tahun ini.

Kursus yang disenaraikan dalam SPLKPM adalah yang telah di daftarkan oleh SU LDP sekolah anda. Jika ada kursus yang anda hadiri tetapi tidak didaftarkan, anda boleh rujuk kepadanya. Kursus yang kita buat secara atas talian juga turut dimasukkan seperti Kursus BOSOT.

Perkara ini telah termaktub di dalam Pekeliling Bil. 4 2014, iaitu kehadiran Kursus hendaklah direkodkan di dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL)

Walaupun pihak JPA telah menangguhkan kewajiban Kursus 7 hari Setahun, tetapi di peringkat KPM masih meneruskan pelaksaannya sepertimana yang dinyatakan di dalam surat siaran: Surat Siaran Pengurusan Latihan KPM

Para guru tidak perlu bimbang, risau tidak capai 7 Hari, kerana banyak sebenarnya yang kita boleh masukkan di dalam sistem, secara ringkasnya ia terbahagi kepada 3 jenis:

7 Hari Latihan Setahun
  • Latihan Bersemuka/ Konvensional

Contoh: Kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, lawatan sambil belajar, simposium, klinik kaunseling.

  • Pembelajaran Kendiri

Contoh: Penggunaan Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), BOSOT, membaca buku-buku ilmiah, Pembacaan Jurnal Ilmiah, kajian ilmiah secara fizikal atau maya.

  • Sesi Pembelajaran

Contoh: Sesi perkongsian ilmu, Program Executive Talk, Perhimpunan Bulanan, Program Sambutan, Ucapan, Ceramah, Forum, Perbentangan Kertas Kerja, Sesi Perbincangan, PLC, Menyampaikan Ceramah.

Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, ada 1 alternatif lain iaitu Log Masuk menggunakan SSO KPM, iaitu Single Sign On, atau anda boleh tekan ‘Lupa Kata Laluan’. Maklumkan kepada SULDP sekolah anda, nanti dia akan bertindak selanjutnya.

Semoga perkongsian ini, dapat membantu anda, terutamanya guru-guru baharu yang belum pernah membuka atau mengenal apa itu SPLKPM. Jangan lupa like anda share kepada rakan-rakan, bersama membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Leave a Reply