Kertas Cadangan Kelas Abad 21

Contoh kertas kerja permohonan peruntukan kelas abad 21.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Pembelajaran abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. 

Matlamat :
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, internet, projector perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. 

Objektif :
Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat dengan murid melalui capaian internet.

Kepada yang ingin lihat contoh boleh rujuk di bawah. Muat Turun dan mungkin perlu edit ikut kesesuaian sekolah anda.

Kertas Kerja Kelas Abad 21

Leave a Reply