Beberapa hari lepas seorang guru telah menulis komen di page Dato’ Seri Mahdzir Khalid, mengetengahkan isu berkenaan aktiviti kokurikulum yang dilakukan di sekolah pada bulan puasa yang mana sesetengah sekolah ada juga melaksanakan aktiviti fizikal.

Penangguhan aktiviti bulan puasa
Mira Rozlan meminta KPM dapat mengeluarkan surat siaran supaya aktiviti kokurikulum pada sebelah petang ditangguhkan pada bulan ramadan, kerana kesian kepada cikgu muslim yang berpuasa terpaksa mengerah tenaga untuk aktiviti koko, kerana kurangnya keprihatinan daripada pentadbir bukan muslim.

Berdasarkan ayat dari Cikgu Mira Rozlan, mungkin ini berlaku di SJK atau SMJK.
Hasil tinjauan dari beberapa rakan yang mengajar di SJK, ada guru muslim dibenarkan pulang awal, dan ada juga yang pulang seperti biasa waktu asal.
Menjawab kepada komen yang dikeutarakan oleh guru tersebut, Menteri Pendidikan telah upload Surat Siaran kebenaran pulang awal bagi murid dan guru yang berada di sesi petang sepanjang bulan ramadan iaitu pada 5.30 petang.
Mira Rozlan
Setelah membaca surat siaran tersebut, ia adalah surat siaran kebenaran tamat sesi persekolahan pada 5.30 petang bagi Semenanjung Malaysia dan 5.00 petang bagi Sabah dan Sarawak.

Pekeliling waktu pdp bulan puasa

 

Walaubagaimanapun, netizen yang rata-ratanya di kalangan guru, mengatakan ia belum menjawab isu yang diketengahkan iaitu pelaksanaan aktiviti koko di bulan Ramadan.
Secara asasnya dalam surat siaran ini memang tidak dinyatakan penangguhan aktiviti kokurikulum. Namun sebagai langkah bijak, pihak pentadbir bolehlah menangguh aktiviti yang berbentuk fizikal, mungkin boleh buat secara teori di dalam kelas atau dewan. Pentadbir yang bukan Islam pun sedia maklum akan ibadah puasa ini.
Jawapan maklum balas dari Menteri Pendidikan:
Tiada perubahan kepada aktiviti PdP, kokurikulum dan sukan dalam bulan ramadan, dan sekolah mesti akur kepada jadual persekolahan bulan ramadan.

Terima kasih juga di atas keprihatinan Dato’ Seri yang membaca komen-komen dari guru yang ingin mengutarakan masalah di sekolah masing-masing.