Exit Policy Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah

Garis Panduan Pengurusan Sumber Manusia KPM Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam Berdasarkan Kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil 7/2015.

Exit Policy

Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai tatacara menguruskan pelaksanaan dasar pemisah di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berprestasi rendah di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015.
Apakah yang dikatakan sebagai Berprestasi Rendah?
“Berprestasi rendah” bermaksud: 
1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) (termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ditempatkan di jawatan kader, pinjaman, pertukaran sementara dan yang setara dengannya) kurang daripada 60%; atau
2. Markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kurang daripada 60%; atau 
3. Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) di bawah sasaran (below target) bagi penilaian prestasi berasaskan KPI.

Maklumat Lengkap SOP Exit Policy

Leave a Reply