Download Iqra’ Digital

Penggunaan Buku Iqra’ dalam pengajaran dan pembelajaran Al-quran sangat berguna supaya murid lebih cepat membaca Al-Quran, Kedah membaca Iqra’ berbeza dengan kaedah-kaedah lain seperti kaedah al baghdadi. Antara kaedah membaca Iqra’ yang digunakan ialah murid akan terus menyebut bunyi huruf tanpa menyebut nama huruf dan baris. 
Berikut adalah salah 1 kaedah dalam Iqra’ 5
Cara mengajar murid aktif: 
  1. Guru hanya pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
  2. Guru menyemak seorang demi seorang.
  3. Murid yang cerdas membantu murid-murid yang lemah. (Jika perlu murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan)
  4. Murid-murid tidak perlu diperkenalkan istilah-istilah tajwid seperti : idgham, ihfak, mad dan sebagainya yang penting murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
Bagi guru-guru ataupun ibu bapa yang ingin menggunakan Iqra’ versi digital, dalam bentuk powerpoint bolehlah memuat turun Iqra’ 1-6 versi digital di link di bawah.
Iqra’ Digital

Iqra’ Digital

Gambar diatas merupakan paparan Iqra’ Versi Digital, sesuai untuk guru-guru yang ingin menggunakannya bersama LD Projector. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..

Selamat menggunakan Iqra’ Digital…

Leave a Reply