Pernahkah anda menerima SMS yang mengatakan anda telah subscribe servis atau melanggan wallpaper, game, muzik dan sebagainya. Mungkin pernah dan mungkin tidak. Namun saya rasa pasti ramai yang mengalami perkara ini.

Cara stop sms dari celcom maxis digi

Kita pasti bengang, baru sahaja topup, dah habis ditelan oleh ‘company jahat’ yang telah menggunakan nombor kita untuk subscribe perkhidmatan mereka. Ia bukan sahaja berlaku kepada yang menggunakan Prepaid sahaja, bahkan yang menggunakan Postpaid pun turut sama mengalaminya, sedar-sedar sahaja bil melambung beratus-ratus.

Mungkin ramai dari kita yang nak tahu:
Cara hentikan SMS berbayar Celcom, Maxis, Digi
Cara stop sms iklan dari Celcom, Digi, Maxis
Cara unsubscribe langganan SMS
dan pelbagai persoalan lagi,

Semua ini perkara yang sama iaitu bagaimanakah Cara Untuk Stop Langganan, Cara untuk hentikan SMS Berbayar dari 39245, 39254, 39289, 39281, 33365, 32665,  dan mungkin ada nombor-nombor lain. Yang disenaraikan di atas ini yang popular pada zaman Smarphone ini. Saya akan cuba untuk kongsikan kaedah yang boleh digunakan untuk hentikan atau unsubscribe langganan ini, sebelum itu saya ingin senaraikan beberapa jenis SMS yang selalu dihantar, boleh lihat di bawah:

39245
RM0 Njoy subscription Veeko frm VEEKO.Auto renew in 2dys@RM3/wk via Celcom mobile.To cancel,go2 http://ax.v.veeko.co/aoc/unsub/ Info: care@veeko.co 0321711286
(Boleh guna link web yang diberikan untuk unsubscribe)

39254
RM0 Your Game Hero subscription has been renewed @RM3/week.Play on for a chance to grab RM 1 million!To cancel, click on http://www.gamehero.my/unsubscribe Info 0322760999
(Boleh guna link web yang diberikan untuk unsubscribe, namun jika tidak berjaya call operator, biasanya ini yang guna celcom)

39289
RM0 Continue enjoying your subscription for PhoneMedic from MobileBHS. It has been renewed@RM8.00/7 days. To cancel, click http://my.phonemedic.me. Info: 0380840028
(Yang ini daripada allterco.asia, anda hubungi nombor 0178777301 untuk minta mereka stop, emel mereka cs_my@allterco.asia atau jacklyn.tam@allterco.asia)

39281
RM0 Keep njoying ur subscription 4 Wallpaper frm MarvelMedia.Auto-renewed in 1 day @RM2/day via ur Celcom mobile acc. To cancel,go2 http://www.myscoobi.com/my/r/58fdbb4afc4-52 .Info:04-6371007
(Taip STOP ALL ke 390281, atau 39066)

33365
RM0 Ur VZONE365 subscription will be auto-renewed. RM3.00/week. To unsubscribe, please logon to http://emomi365.com/my-content/.
(Yang ni ada link dengan celcom, boleh call 1111 terus minta unsubscribe, minta unsubscribe selamanya)

Lihat betapa banyaknya caj yang dikenakan untuk setiap langganan ini, ada yang sehingga RM8 Seminggu.

Cara untuk hentikan sms ini memerlukan beberapa tindakan yang wajib dibuat dan terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan. Saya senaraikan beberapa kaedah dan anda boleh cuba cara untuk stop langganan tersebut:

Cara 1:
Taip STOP ALL hantar ke nombor yang anda terima sms tersebut,
Contoh: STOP ALL send to 39254
Cara ini berkesan pada sesetengah nombor sahaja, dan ada yang berkesan tetapi hanya untuk sebulan sahaja, bulan depan ada lagi. Jadi bagi memeastikan anda betul-betul unsubscribe anda perlu gunakan juga cara 2.

Cara 2:
Anda hubungi Penyedia Talian anda, call operator Celcom, Maxis, Digi, Umobile atau sebagainya
Senarai Customer Service
CELCOM: 1111
MAXIS: 123
DIGI: 0162211800
UMOBILE: 0183881318

Ok, untuk call ini ada cara dia, iaitu anda perlu bagitahu semua nombor-nombor yang telah hantar SMS kepada anda kepada operator, kebiasaannya operator akan bagitahu suruh hantar STOP ALL, dan mungkin juga akan bagi senarai nombor untuk dihubungi, alamat website untuk unsubscribe, dan emel. Jangan lupa minta No ADUAN ID.

Setelah anda menerima maklumat yang dimaklumkan oleh operator, anda cuba masuk pada website yang diberikan, anda cari UNSUBSCIRBE dalam web tersebut. Jika jumpa, anda tekan unsubscribe, anda akan menerima sms mengatakan anda telah unsubscribe langganan perkhidmatan mereka. Namun tidak semua ada dan anda boleh unsubscribe, apa yang anda perlu buat? Anda hubungi lagi Customer Service, bagitahu lagi sekali saya nak minta unsubscribe nombor sekian-sekian, mereka akan tolong unsubscribe dari Center mereka. Ok, ketika ini anda akan berasa lega kerana sudah hentikan semua SMS yang diterima. Tetapi adakah ia sudah selesai? Untuk double comfirm anda hubungi lagi customer service, ketika ini operator akan bagitahu, kami telah unsubscribe semua perkhidmatan yang telah anda subcribe sebelum ini.

Maknanya di sini sebenarnya, pihak Customer Service pun boleh Unsubscribe kan, tetapi saya rasa mereka sengaja suruh pelanggan buat sendiri, sebab itulah anda kena hubungi sampai 3 kali. Walaubagaimanapun ini disebabkan mereka menjawab mengikut skrip oleh itu saya syorkan anda guna skrip arahan berikut:

1. Saya mahu pihak Celcom/DIGI/MAXIS UNSUBSCRIBE semua langganan daripada nombor …………… (Jangan tanya cara nak unsubscribe, minta dia yang unsubscribe)
2. Block semua nombor tersebut.
3. UNSUBSCRIBE selamanya.
4. Saya ingin nombor ID ADUAN ini

(4 Soalan ini wajib cakap dengan operator)

ID Aduan itu supaya mudah untuk anda buat aduan di website SKMM nanti.

Cara 3:
Jika cara 1 dan 2 tidak berjaya, anda boleh hubungi SKMM untuk buat laporan, mereka akan uruskan masalah anda. Hubungi SKMM di:
Talian Aduan: 1800-188-030
Whatsapp: 016-2206262
Website Aduan: https://aduan.skmm.gov.my/
Emel Aduan anda: aduanskmm@cmc.gov.my
SMS Aduan: SKMM ADUAN [butiran anduan] SMS ke 15888

Cara untuk tuntut semula duit yang telah dipotong, anda perlu buat laporan ke SKMM dan berikan semua maklumat yang berkaitan. Ikut seperti yang diterangkan pada Cara 3. Anda mungkin akan perolehi rebat sebagai ganti rugi daripada syarikat tersebut. Semoga maklumat dan info terbaru ini dapat membantu anda semua yang menjadi mangsa ‘sindiket’ ini. Selepas ini, anda perlu berhati-hati menggunakan Smartphone, jangan klik pada website popup yang meragukan, kerana banyak iklan yang ada pada link tersebut.

(Dilarang Copy Paste Artikel ini)