Buku Panduan KCJ 2017

Buku Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang (KCJ) ini bertujuan memberikan maklumat berkaitan KCJ meliputi ujian diagnostik, perlaksanaan modul-modul serta cara mengendalikan KCJ. Buku ini bertujuan menjelaskan kepada semua pihak berkaitan maklumat ringkas tentang jam pelaksanaan, tempoh pengendalian kem dan cara-cara penggunaan modul-modul yang dibekalkan. Buku Panduan KCJ ini bukan sahaja dapat membantu pelajar tetapi juga menjadi bahan rujukan kepada guru-guru dan pihak pengurusan sekolah bagi merancang program KCJ dengan lebih berkesan. Adalah diharapkan Buku Panduan ini akan membantu seluruh pelajar dan guru-guru untuk mengoptimumkan penggunaan masa mereka demi memperkasakan Jawi selaras dengan kehendak kerajaan dalam membangunkan modal insan bagi menghadapi cabaran abad ke – 21.
Buku Panduan KCJ 2017
KCJ 2017

Pelan Pelaksanaan
5.1 Ujian Diagnostik dilaksanakan serentak pada Februari untuk Tahun 2
sahaja.
5.2 Pemarkahan Ujian Diagnostik
a) Markah 60 – 100 (Menguasai)
b) Markah 0 – 58 (Tidak Menguasai)
* Catatan: Setiap jawapan yang betul diberi 2 markah. Tiada markah
untuk jawapan yang kurang tepat.
5.3 Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi
5.3.1 Dilaksanakan 2 kali setahun
a) KCJ 1 (Februari – Mei)
b) KCJ 2 (Julai – Oktober)
5.3.2 Satu kem 12 jam – Rujuk lampiran 1
5.3.3 Semua GPI dan GBA terlibat dengan KCJ.
5.3.4 Cadangan nisbah adalah 1:10 (seorang guru sepuluh orang murid)

Dapatkan Buku Panduan KCJ 2017 Terbaru di sini:

Leave a Reply