Banjir: Sesi Persekolahan 25 Sekolah di Terengganu Ditangguh

Ia melibatkan 2,430 murid sekolah rendah dan 962 pelajar sekolah menengah.
Pembukaan sesi persekolahan 2017 bagi 25 sekolah di Terengganu yang sepatutnya bermula esok terpaksa ditangguhkan susulan banjir yang melanda negeri itu sejak awal pagi tadi.
Banjir 2017
Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 2,430 murid sekolah rendah dan 962 pelajar sekolah menengah.
“Bilangan guru yang terlibat pula ialah seramai 490 orang iaitu 365 guru sekolah rendah dan 125 guru sekolah menengah.
~ BERNAMA

Leave a Reply