Penjawat awam akan menerima bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar Januari 2016. Berita ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi di Parlimen yang membentangkan Bajet 2016. Manakala pesara kerajaan pula akan menerima RM250.
Selain daripada itu, Najib juga mengumumkan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia dari RM900 kepada RM1000

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi faedah 1 kenaikan gaji tahunan yang akan berkuatkuasa Julai 2016. Ini bermakna, 2016 akan menerima 2 kali kenaikan gaji tahunan.