APDM: ‘Saya Bukan Robot’

‘Saya Bukan Robot’, sesi persekolahan telah masuk ke minggu ke-2, PdP telah berjalan seperti biasa, murid tahun 1 pula kini masih lagi yang dalam sesi orientasi. Guru pula masih lagi sibuk mengemas bilik darjah, data, buku, fail dan sebagainya.

Sebut sahaja berkenaan data, teringat pula berkenaan data murid di dalam APDM.
APDM
Kini APDM telah ditambah security for login, ketika hendak login anda perlu membuat pengesahan bahawa anda bukan robot. Hasil tinjauan admin, ramai guru yang agak ‘rimas’ dengan ‘saya bukan robot‘ ini. Mana taknya hari-hari kita akan buka APDM terutamanya guru kelas, dan setiap kali login kena melepasi soalan keselamatan atau security ini.
Mungkin ada sebab yang tersendiri mengapa KPM menggunakan security ini pada APDM, guru-guru terpaksa menghadapinya. Memang pun kami bukan robot, tapi bekerja dah macam robot, tak berhenti kerja…

Leave a Reply