Modul Membina Gajet Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap.
Membina Gajet
Modul Membina Gajet
Bahan lain yang admin telah kongsikan: 
Buku Panduan KRS dan TKRSModul Bina GajetBuku Log Pengakap dan Nota Simpulan dan Ikatan.

Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;
  1. Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
  2. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya
  3. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat  dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.
Gajet KRS

Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan. 

Maksud Gajet

Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.

Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.

Tujuan Gajet
  1. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
  2. Melindungi makanan dari tercemar
  3. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
  4. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
  5. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
  6. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
  7. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
Tidak semua guru mempunyai kemahiran membuat gajet dengan baik, oleh itu memerlukan modul membina gajet / panduant membuat gajet dalam perkhemahan.

Kepada guru-guru KRS, TKRS dan Pengakap boleh dapatkan modul  membina Gajet dengan Muat Turun dibawah.