Modul Matematik Format Baharu

Modul Latihan ini dibina oleh Jurulatih Matematik berpengalaman adalah sebagai suatu panduan kepada pihak sekolah dalam usaha memantapkan kefahaman dalam menggunakan format baharu UPSR 2016.

Modul ini mesti dimanfaat sepenuhnya oleh pihak sekolah selain daripada penggunaan modul lain yang dibina di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau hasil binaan guru sendiri.

Modul Matematik Perak
Modul Matematik Perak
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2016 bagi kertas Matematik 015 (SK), 025 (SJKC) dan 035 (SJKT) telah ditambahbaik berbanding dengan format kertas Matematik sedia ada. 

Format Baru UPSR 2016 berbentuk ujian bertulis bagi mata pelajaran Matematik dilaksanakan bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid dengan mematuhi standard yang ditetapkan. 

Format baharu ini lebih menguji tentang kemahiran asas, kemahiran mengira dan kemahiran mengaplikasi murid-murid dalam pembelajaran Matematik.

Modul Matematik UPSR PERAK