Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Menjadi seorang guru merupakan kerjaya dan pekerjaan yang mulia, ia menjadi pilihan ramai, jumlah permohonan untuk menjadi guru juga sangat tinggi. Jika sebelum ini, laluan untuk menjadi guru di sekolah kerajaan dibuka juga kepada pemegang ijazah sarjana muda bukan pendidikan iaitu melalui KPLI, KPLI jQAF, DPLI dan GSTT serapan,  namun kini laluan menjadi guru di kecilkan kerana sudah ada lepasan IPGM yang keluar setiap tahun. Maka KPLI dan DPLI dimansuhkan secara keseluruhannya. Antara laluan untuk menjadi guru yang ada kini adalah bermula dengan lepasan SPM iaitu mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Berikut adalah keterangan program dan Syarat dan Kelayakan Asas PISMP

PISMP 2017

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang
Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
2.5 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
 i. Bahasa Melayu; dan ii. Sejarah.
2.6 Lulus Bahasa Inggeris.
2.7 Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
2.8 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Bagaimanakah Cara Memohon PISMP

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.

6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak

 Siapakah Yang Tidak Layak Memohon?

1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Bilakah Permohonan PISMP 2017 akan dibuka?

Buat masa ini, permohonan PISMP 2017 masih belum dibuka, kebiasaannya permohonan dibuka pada bulan Mac. Anda dinasihatkan sentiasa merujuk website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, dan admin juga akan update dari masa ke semasa di Facebook Pendidik2uWebsite Permohonan PISMP 2017