Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran merupakan perkara wajib bagi setiap guru. SPI ini dikeluarkan pada 1999 lagi, ia bertujuan memberi penjelasan kepada semua kerana sebelum ini terdapat amalan memasukkan perkara yang tidak berkaitan.
Pekeliling RPH

Selain daripada itu, surat pekeliling ini menjelaskan bahawa Rekod Pengajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.

Berdasarkan punca kuasa inilah kita boleh menyediakan Buku Rekod Mengajar dalam beberapa bentuk sama ada menggunakan buku, fail, ataupun secara online, yang penting ia dapat diserahkan apabila diminta.



Pekeliling ini juga hendaklah dimasukkan di dalam fail panitia, muat turun di bawah.
Pekeliling RPH