Latihan Menulis Huruf Jawi Tunggal

Menulis Huruf Jawi Tunggal. Antara perkara yang penting dalam penulisan jawi adalah menulis huruf jawi dengan betul, bagi memastikan murid dapat menulis huruf jawi dengan betul, latihan menulis huruf jawi tunggal amat penting. Ia perlu bermula seawal 6 atau 7 tahun.

Huruf Jawi Tunggal


Ia bagi memastikan murid itu dapat menulis huruf jawi dengan betul disamping dapat mengenal huruf yang ditulis dengan bimbingan guru. Huruf jawi dan dan huruf Al-Quran adalah sama, cuma huruf jawi mempunyai beberapa penambahan huruf seperti huruf Ca, Nga, dan Nya. Ia ditambah bagi memastikan sesuai digunakan dalam kaedah Bahasa Melayu. Ejaan Jawi yang rasmi sebenarnya adalah mengikut kaedah Dewan Bahasa dan Pustaka, ia adalah ejaan jawi yang telah dimurnikan berdasarkan beberapa kaedah penulisan.

Di sini admin ingin kongsikan Latihan Menulis Huruf Jawi yang telah dikongsikan oleh Cikgu Adda, iaitu Latihan Menulis Huruf Jawi Tunggal. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Adda yang telah menghasilkan latihan ini dan ada sedikit pesanan daripada beliau:
Tolong panjatkan doa di dalam hati agar egtukar saya dan suami diluluskan serta ALLAH permudahkan zuriat untuk saya.. - Cikgu Adda
Oleh itu sama-samalah kita doakan Cikgu Adda dan suaminya diluluskan egtukar dan dipermudahkan zuriat untuk mereka.

Jemput juga Like Page beliau:  DiariHari Cikgu Adda