Kertas Kerja Program Bijak Sifir

Bijak Sifir merupakan salah 1 program yang sesuai diadakan di peringkat sekolah rendah. Program Bijak Sifir juga boleh dimasukkan dalam Minggu Matematik.
Kertas Kerja Bijak Sifir
Kertas Kerja Bijak Sifir

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik.

Matlamat Program Bijak Sifir
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4.Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.