Guru di Negeri Sembilan Terima Smartphone

SEREMBAN 25 Jan. – Seramai 14,413 orang guru dari 317 buah sekolah dengan talian 4G 1Bestari­Net di negeri ini menerima Pelan Data 2 giga bait (GB) bersama te­lefon pintar YES Altitude. Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab. Jalil berkata, pemberian tersebut bertujuan mempertingkatkan kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid.

 “Pelan data tersebut boleh digunakan pada telefon pintar YES 4G LTE untuk rangkaian data LTE dan semua peranti aktif jalur YES bagi rangkaian data jalur lebar. 14,413 guru terima data dan telefon pintar 26 Januari 2017 12:08 AM Mohamad Hasan bersama Pengarah YTL Communications, Shahirul Amran SEREMBAN 25 Jan. – Seramai 14,413 orang guru dari 317 buah sekolah dengan talian 4G 1Bestari­Net di negeri ini menerima Pelan Data 2 giga bait (GB) bersama te­lefon pintar YES Altitude. Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab. Jalil berkata, pemberian tersebut bertujuan mempertingkatkan kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid. “Pelan data tersebut boleh digunakan pada telefon pintar YES 4G LTE untuk rangkaian data LTE dan semua peranti aktif jalur YES bagi rangkaian data jalur lebar.


 “Pelan data guru 1BestariNet fasa 2 ini adalah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom di seluruh Malaysia,” kata­nya pada Majlis Pengagihan Pelan Data Guru dan Peranti YES 4G pe­ringkat negeri di sini, hari ini. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut dihadiri Pengarah YTL Communications Sdn.Bhd, Shahirul Amran. Sebagai rekod, 1BestariNet merupakan projek inisiatif

Kementerian Pendidikan yang dilaksana dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek tersebut, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu. Menurut Rusni, semua guru dapat berkongsi bahan pem­belajaran dan pengajaran berkua­liti sekali gus boleh digunakan di mana sahaja untuk capaian pelajar. Sementara itu Shahirul berkata, 1BestariNet fasa 2 merupakan kesinambungan fasa 1 dengan penambahbaikan perkhidmatan serta pengurusan yang lebih baik bagi memastikan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya memenuhi keperluan pengguna dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 Walaupun penggunaan servis berkenaan tanpa sekatan, Sahi­rul menjelaskan, setiap layaran yang dibuat pada telefon pintar tersebut masih di bawah pemantauan Kementerian Pendidikan.

 - Utusan ~ Negeri Selangor dan KL sudah terima