Garis Panduan Memberi Kerja Rumah

Garis Panduan Memberi Kerja Rumah.
Kerja rumah merupakan kerja atau latihan yang diberikan oleh guru mata pelajaran di sekolah, dan murid dikehendaki menyiapkanny di rumah. Kerja rumah sebenarnya mempunyai pekeliling khas sebagai garis panduan untuk guru dalam memberikan kerja rumah.

Bolehkah guru memberi kerja rumah yang terlalu banyak? Atau bolehkan guru langsung tidak memberi kerja rumah? Perkara ini sebenarnya bergantung kepada tahap penguasaan murid, guru yang mengajarnya sahaja yang mengenali sejauh mana murid boleh buat kerja atau latihan yang diberikan.

Murid yang di kelas pandai kebanyakannya dapat menyiapkan kerja rumah atau latihan dengan cepat dan lengkap, tetapi berbeza dengan murid di kelas belakang, biarpun kerja yang di aras yang rendah, tidak semua dapat menyiapkannya tanpa bantuan atau bimbingan guru. Guru lebih suka murid ini membuat latihan di dalam kelas dengan dibimbing oleh guru, kerana apa guna beri kerja rumah tetapi tidak dapat siapkannya.



Di bawah adalah Pekeliling panduan atau rujukan bagi guru dalam memberikan latihan kepada murid-murid sebagai kerja rumah.