Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Kepada Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Pada 23 Oktober 2016

Kerajaan Malaysia telah meluluskan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM100 seorang kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah semasa pembentangan bajet tahun 2017. Sehubungan dengan itu satu garis panduan berkaitan telah dikeluarkan dan boleh dimuat turun untuk rujukan dan perhatian selanjutnya berkaitan perlaksanaan BKAP1M.

Bantuan Awal Persekolahan RM100

KPM juga menegaskan bahawa sekolah hendaklah menyerahkan wang secara tunai RM100 sepenuhnya, tidak dibenarkan membuat potongan bayaran yuran atau sebagainya.

KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia untuk rujukan anda: Garis Panduan (BKAP1M)