Viral Buat Mesyuarat Selepas 25hb Adalah Benar - Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid mengesahkan viral mesyuarat selepas 25hb adalah info yang benar:


Ramai rakan2 guru bertanya tentang kesahihan memo berikut. Saya mengesahkan bahawa ia adalah BENAR. ~ Dipetik dari Facebook Menteri Pendidikan




PERMINTAAN KPM SUPAYA SEMUA PGB MENGADAKAN MESYUARAT PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 di sekolah selepas 25 Disember 2016

Berhubung dengan perkara di atas, pejabat YB Menteri Pendidikan telah menerima banyak aduan dari warga pendidik menyatakan bahawa ada PGB yang memanggil mesyuarat persediaan persekolahan 2017 pada awal bulan Disember yang mengganggu program cuti keluarga dan lain-lain aktiviti warga pendidik. 
Oleh yang demikian, pihak KPM menasihatkan supaya semua PGB jika ingin mengadakan mesyuarat tersebut hendaklah dibuat selepas 25 Disember 2016. 
Sehubungan dengan itu saya meminta semua PPD memaklumkan PGB masing-masing supaya akur kepada permintaan ini.
Terima kasih 
Dato' Ahmad Tajudin Jab
TKPPM (Operasi)

Sebelum ini ramai guru mengadu pihak sekolah yang membuat meeting awal cuti sehingga boleh mengganggu masa guru bersama keluarga.

Terima Kasih kerana memahami guru..