Penyata Gaji Hanya Disimpan 18 Bulan Dalam Sistem

Penyata Gaji merupakan dokumen penting untuk disimpan dengan baik. Terutamanya apabila hendak membuat pinjaman dengan bank atau koperasi. Penyata gaji boleh dimuat turun secara online di portal rasmi ANM ePenyata Gaji, terdapat 2 penyata, iaitu Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan.

Tahukah anda? Bahawa Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi 7 tahun sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. 
Penyata Gaji

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan di masa hadapan. 

Segelintir dari kita akan membuat semakan pada slip gaji terutamanya ketika ada kenaikan atau bonus sahaja, jadi lebih baik anda muat turunnya setiap bulan. Untuk tahun 2016 jangan lupa download ya..