Nama Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15

KUALA LUMPUR: Istana Negara mengumumkan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.



Pengumuman dibuat Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, selepas mendapat perkenan baginda, hari ini.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara kelmarin, menggantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan.

Sumber: Berita Harian