KPM Mahu Frog VLE Dimanfaat Dalam PdP

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menugaskan kira-kira 1,200 jurulatih untuk membantu warga pendidik mengoptimumkan penggunaan Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) menerusi projek perkhidmatan 1BestariNet yang kini sudah memasuki fasa kedua.
Frog Vle Dalam PdP

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan, berkata jurulatih itu akan membantu guru meningkatkan penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komuniksi (ICT) bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
“Menerusi latihan yang diberikan ini, kementerian berharap dapat melatih guru di seluruh negara untuk memanfaatkan Frog VLE dalam proses PdP, sekali gus memudahkan interaksi antara guru dan pelajar.
“Penguasaan dalam kemahiran digital akan membantu guru untuk mewujudkan kandungan pengajaran sendiri untuk dikongsikan dengan pelajar menerusi platform terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Leaps Of Knowledge: Creating Connec­tions 2016, di sini, semalam.
SUMBER: Berita Harian