Guru 40 Tahun Ke Atas Perlu Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Satu garis paduan bagi memastikan guru-guru di negara menjalani pemeriksaan kesihatan sedang dikaji oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan khusus kepada guru yang menjangkau usia 40 tahun untuk membuat saringan kesihatan pelbagai sudut itu masih di peringkat awal. 
Guru 40 Tahun

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan guru yang berkhidmat di bawah kementerian berada dalam keadaan sihat. “Dalam prosedur semasa, guru hanya perlu melakukan pemeriksaan perubatan pada pertama kali dilantik dalam jawatan. 

Dalam tempoh itu sehingga mereka dinaikkan pangkat, pemeriksaan kesihatan hanya mengikut kesedaran mereka sendiri. “Saya percaya, apa yang kita lakukan adalah satu keperluan kepada guru-guru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut umur 40 tahun, kerana kebiasaannya umur begitu kesihatan kita mula merosot dan berisiko menghadapi penyakit,” katanya kepada pemberita, semalam.