Cara Jana Guarantee Letter Guna Aplikasi MyHRMIS eGL

Salah 1 kemudahan yang dimiliki oleh penjawat awam adalah kemudahan rawatan perubatan. Di mana kemudahan rawatan ini juga boleh dinikmati oleh ahli keluarga termasuk ibu dan ayah kandung. 

Untuk membolehkan ahli keluarga kita mendapatkan rawatan di Hospital kita perlu berikan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai. Surat ini juga disebut sebagai Guarantee Letter yang juga borangnya boleh didapati di pejabat sekolah.

Kini selaras dengan kecanggihan dunia ICT surat ini boleh dijana terus dalam Portal HRMIS. Bagi mengoptimumkan lagi penggunaan Smartphone surat ini juga kini boleh dijana dengan Aplikasi MyHRMIS eGL, jadi lebih mudah dan cepat. Selain menggunakan aplikasi ini, pihak hospital kerajaan rata-rata telah link dengan HRMIS, jadi kita hanya perlu berikan no ic sahaja, hospital yang akan print kan.

Berikut adalah maklumat berkenaan Aplikasi MyHRMIS eGL:
Aplikasi MyHRMIS eGL merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual. Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS. 
Fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS eGL:
1) Maklumat Pegawai: Memaparkan maklumat peribadi, profil perkhidmatan, gaji pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.
2) Jana eGL: Membolehkan pegawai menjana eGL.
3) Ahli Keluarga: Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.
4) Direktori Hospital/Klinik: Memaparkan nama, nombor telefon dan alamat hospital/klinik Kerajaan.
Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS eGL:
1) Kemudahan ingat kata laluan.
2) Kemudahan link kepada MyHRMIS Cuti.
Cara untuk jana eGL sangat mudah:


1. Muat turun Aplikasi MyHRMIS eGL di Play Store
2. Login guna IC dan Password HRMIS anda


3. Pergi kat menu sebelah kiri, ambil Jana eGL


4. Kemudian masukkan butiran Hospital yang hendak dapatkan rawatan.

5. Klik Teruskan dan jana eGL anda, save sebagai PDF format. Anda akan dapat menghasilkan surat Guarantee Letter seperti di bawah.

Guarantee Letter

Pastikan anda ada Instal Acrobat Reader di Smartphone anda, supaya surat dalam PDF dapat dijana. Setelah siap dijana, share ke laptop dan print.

Pastikan anda kemaskini maklumat tanggungan di dalam HRMIS supaya nama keluarga anda ada dalam menu pilihan. Aplikasi MyHRMIS eGL boleh dimuat turun di : MyHRMIS eGL