UPSR 2016: 4,896 Calon Peroleh Semua A dari 440782

PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 440,782 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman UPSR 2016 di Kementerian Pendidikan, di sini, sebentar tadi.

Photo Bernama