Syor Sejarah Subjek Wajib UPSR

PETALING JAYA: Subjek sejarah perlu dijadikan mata pelajaran wajib dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) agar pemikiran generasi baru tidak terpesong dan beranggapan Parti Komunis Malaya (PKM) pihak memperjuangkan kemerdekaan, kata persatuan penulis.

Presiden Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali berkata pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal dapat memastikan pelajar mengenali sejarah tanah air dan tidak mudah dipesongkan pemikiran apabila dewasa.



“PPJ berharap mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib dalam UPSR seperti yang pernah diperkenalkan semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 suatu ketika dulu. ~ BERITA HARIAN