Peruntukan Masa KSSR Semakan 2017 Rasmi KPM

Agihan Waktu 2017, atau dengan lebih tepatnya disebut Peruntukan Masa Minima Jam Setahun KSSR (Semakan 2017).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat semakan semula jumlah peruntukan masa bagi sesi 2017, ia bagi memastikan PPPM mencapai objektifnya.

Ada beberapa perubahan yang telah dibuat, antaranya jumlah peruntukan masa, DST kembali di sebut Sains, PJ dan PK digabungkan, DSV dan Dunia Muzik digabungkan menjadi Pendidikan Kesenian.

Agihan Waktu 2017


Agihan Waktu KSSR Semakan 2017 ini menggunakan Masa Minima Jam Setahun, mungkin kita akan 'pening' sikit kerana sebelum ini menggunakan jumlah waktu seminggu, 1 waktu 30 minit, namun begitu kiraannya tetap sama 30 minit 1 waktu, cuma pekeliling ini memaparkan peruntukan jam untuk setahun. Kiraan Jam ini berdasarkan minima 32 minggu setahun.

Adakah Tasmik tidak dimasukkan dalam Jadual Waktu?
Perkara ini telah diselaraskan, Pendidikan Islam adalah termasuk dalam Kurikulum dapat 96 Jam setahun, dan Tasmik berada dibawah Program jQAF dapat 32 Jam setahun. Ini bermakna jika ikut kiraan seminggu masih lagi Pendidikan Islam 6 Waktu + Tasmik 2 Waktu.

Agihan Waktu KSSR 2017 Tahap 1
Agihan Waktu KSSR 2017 Tahap 2




Adakah semua tahun 1 hingga 6 akan menggunakan Semakan 2017 ini?
Tidak, ia akan dimulakan dari 2017 Tahun 1, dan akan dibawa ke tahun seterusnya.
*Gambar di atas adalah untuk Kelas Perdana, Untuk Pendidikan Khas sila rujuk dalam pekeliling tersebut.

Jadual Transisi Peralihan dari KSSR ke KSSR Semakan 2017


Adakah ini yang RASMI dari KPM?
Ya, ini adalah yang Rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 6 Tahun 2016. Untuk Sekolah Menengah Rujuk : KSSM