Pengguna BSN Berang Tidak Boleh Keluar Duit

Beberapa hari lepas BSN mengalami masalah gangguan sistem, seluruh Mesin ATM BSN tidak dapat digunakan. BSN juga telah mengeluarkan notis berikut pada 25 Nov 2016:
Sistem ATM dan CDM kami kini mengalami gangguan ketidakstabilan. Kami sedang meneliti perkara ini dengan segera.
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan sistem tersebut beroperasi dengan lancar. Usaha secara menyeluruh sedang dijalankan.
Ketidakstabilan yang berulang adalah di luar jangkaan kami dan kami sangat menghargai kerjasama anda. Kami sentiasa komited untuk menyediakan akses perbankan yang mudah kepada pelanggan.
Kami menjangkakan sistem ATM akan pulih pada pukul 8 malam hari ini, Sabtu 26 November 2016. Walau bagaimanapun, kemungkinan sedikit gangguan sistem dijangkakan sehingga sistem stabil sepenuhnya.
Kami benar-benar menghargai kerjasama anda. Untuk bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900.

Dan pada hari semalam 27 Nov 2016 BSN telah menaik status sistem sudah kembali ok:



ATM dan MEPS telah kembali beroperasi seperti biasa.  Terima kasih kerana memahami. Kami berharap operasi perbankan pada hari ini membantu memudahkan urusan perbankan anda.

Namun kebanyakan pengguna menjelaskan bahawa ATM pada hari ini 28 Nov 2016 masih lagi TIDAK DAPAT DIGUNAKAN, dan terus menaikkan lagi kemarahan pengguna. Diharap BSN dapat menyelesaikan segera masalah yang berlaku.