Mesyuarat Awal Cuti Tidak Perlu

Tidak dinafikan Pentadbir mempunyai kuasa untuk memanggil guru datang bertugas di sekolah ketika cuti sekolah. Namun admin menerima banyak rungutan daripada guru-guru yang terpaksa menangguhkan pulang ke kampung kerana dikehendaki hadir ke sekolah selama seminggu di awal cuti.



Ramai yang tidak berpuas hati kerana pengisian aktiviti seminggu itu sebenarnya sudah selesai sebelum cuti lagi, namun sengaja meminta guru-guru hadir buat mesyuarat, ladap, semak fail. Padahal guru-guru sudah siapkan semuanya kerana tidak mahu mengganggu cuti mereka nanti.

Saya teringat kata-kata orang JPN, setahun kita ada 365 hari, tolak cuti hujung tahun ada lebih kurang 325 hari. Takkanlah 325 hari ni tak sempat nak buat semua itu, mengapa perlu mengambil waktu cuti. 

Namun jika benar memerlukan guru-guru hadir, tidaklah mengapa sememangnya cuti sekolah ni, guru bukannya dapat cuti sepenuhnya, apapun budi bicara pentadbir amatlah diharapkan. Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita..