Kementerian Cadang Temuduga Guru Ikut Negeri Untuk Elak Dukalara


Kementerian Pendidikan bercadang memberikan kuasa temu duga pengambilan guru mengikut negeri masing-masing dan tidak lagi secara berpusat sebagaimana amalan ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu bertujuan memastikan masalah guru duka lara dapat dikurangkan sekali gus membolehkan guru ditempatkan di negeri mereka.