Kejar Ilmu Bukan Kejar A - Datin Nawal

Ibu bapa disaran menilai anak-anak bukan sahaja pencapaian akademik malah meliputi pelbagai aspek termasuk seni, kemahiran dan sukan.

Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM), Datin Nawal Salleh berkata Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penilaian murid dibuat berasaskan pelbagai aspek.

Datin Nawal Salleh

"Selain daripada itu juga, kita lihat bahawa UPSR ini adalah satu bentuk pengukuran yang sejak akhir-akhir ini menjadi satu polemik kerana masyarakat melihat anak-anak mereka ini, bukan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk melihat pencapaian, tetapi diukur dari segi berapa 'A'-nya. 


Beliau juga menyarankan pihak sekolah harus menerapkan kefahaman bahawa apa yang perlu kita cari adalah ilmu itu, bukan bilangan A, kerana jika tidak dapat A, kita akan kecewa. - Awani