Cara Buat Huruf 3D Tahniah

Hari Anugerah sudah semakin hampir, sekarang ni kebanyakan sekolah telah pun menyiapkan beberapa hiasan pentas Hari Anugerah masing-masing, dan yang paling hebat dan viral setakat ini ialah Tutorial untuk membuat Huruf 3D Tahniah ini. 

Kerjasama sebuah pasukan pasti akan menghasilkan sesuatu yang hebat, dikongsikan di sini Cara untuk membuat huruf 3D TAHNIAH. Tutorial ini telah dikongsikan oleh Cikgu Feeza Hamed di dalam Facebook beliau.
TAHNIAH untuk pentas Hari Anugerah


Ukur dan potong huruf di atas mounting board. Saya gunakan huruf blok 3x5. Sekeping mounting board ni dapat satu huruf...kecuali huruf 'i' 1x1. Jadi kita perlukan 2 keping mounting board utk setiap huruf 3D (kecuali 'i'). keseluruhan perkataan TAHNIAH ni memerlukan 14 keping mounting board.

Susun cawan styrofoam pada satu bahagian huruf. 3 cawan pada bahagian bawah huruf saya khaskan untuk diisi pemberat.

Gamkan cawan, guna latex glue ata PVA glue pun boleh. Tapi jangan gunakan gam biasa atau yg jernih tu sbb kurang kuat utk melekat.

Saya gunakan pasir sebagai pemberat pada bahagian bawah huruf. Setelah pasir diisikan ke dalam cawan, potong sekeping kertas dan gam mulut cawan agar pasir tidak tumpah. Anda juga boleh guna bahan lain sebagai pemberat...nak bancuh simen buh dlm cawan tu pun boleh. Tp kos lebihlah sikit 

Kemudian ambil satu lg huruf yang sama dan lekatkan di bahagian atas cawan td. Pastikan sisi huruf atas dan bawah selari.

Kemudian tindankan buku atau benda yg berat utk memastikan gam melekat kuat pada board...sy biarkan semalaman.

Ok, bila dah melekat elok, huruf boleh berdiri dengan tegak. Check kut2 ada bahagian cawan berisi pasir yg tidak melekat.

Setiap sisi huruf perlu dilekatkan dengan kepingan mounting board juga. Ukur dan potong ikut keluasan yg perlu. Sebaik-baiknya lekatkan setiap sisi menggunakan paper tape (rujuk gambar sebelah). Saya gunakan masking tape, tetapi masking tape suka terangkat atau terbuka.

paper tape. Nak guna, kena basahkan bahagian bergam dan lekat...macam kita lekat setem.


Setelah selesai proses melekatkan sisi, skrg kita pergi step seterusnya iaitu mengukuhkan huruf kita dengan teknik paper mache. Saya gunakan gam kanji sebagai pelekat dan tisu dapur untuk melapis. Cara saya buat gam kanji ialah campurkan lebih kurang 7 sudu makan tepung ubi ke dalam 1 liter air dan kacau atas api hingga likat dan sedikit jernih. Sejukkan, baru guna. Satu bekas merah tu cukup utk step ini bg semua huruf.


saya buat 3 lapisan tisu... mula2 sapu gam kanji atas huruf,kemudian lekatkan tisu sehingga menutupi semua bahagian. Biarkan sekejap dan lapis lg....so 3x saya ulang. Ini untuk memastikan huruf kita nampak tegap dan kukuh. Dah selesai, biarkan kering semalaman.

Next step untuk hasilkan texture urat pada bahagian hadapan huruf, saya gunakan tali ni...mcm tali beg. Di kedai yg menjual barangan jahitan dan hantaran ada dijual tali ni...dlm RM1/meter.
Lekatkan tali ikut corak yang anda mahu.Gunakan glue gun utk lekat. Satu huruf dalam 2m ke 3m tali diperlukan...bergantung pd corak yang anda hasilkan. Untuk projek ni, sy gunakan 34m tali :D
Anda juga boleh guna bahan lain yang sesuai untuk menghasilkan corak timbul ni...ikut kreativiti masing2.

Ok, setelah selesai lekatkan tali, sekali lagi kita guna teknik paper mache. Sama macam step tadi. Buat beberapa lapisan hingga tali tu kelihatan seperti timbul drp permukaan huruf. Keringkan.

Sudah kering, saya catkan dengan cat plaka putih selapis. Saya campur sedikit air dlm cat plaka...bg cair sikit.

proses mengecat. Setelah selesai, keringkan semalaman. Biarkan paper mache tu betul-betul kering.

Proses akhir, kita spray lah huruf-huruf td ikut warna yang anda mahu. Saya guna silver. Untuk spray semua huruf 3D ni, saya gunakan dalam 6 tin spray :D

proses spray...buat tmpat terbuka, senang nak bernafas :D

dah siap spray, keringkan.

ok semua huruf dah spray.
Tahniah kepada Cikgu Feeza Hamed,. memang terbaik tutorial yang dikongsikan ini, jutaan terima kasih diucapkan dari kami warga pendidik seluruh Malaysia. Anda juga boleh rujuk: Koleksi Pentas Hari Anugerah