UPSR Adalah Exam Oriented, Setuju Mansuh

Mungkin anda juga ada terbaca post terbaru dari Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid yang bersetuju UPSR dimansuhkan serta diganti dengan PBS. Berikut adalah petikan dari Facebook beĺiau.
UPSR adalah "exam oriented". Sbg individu saya setuju ianya dimansuhkan serta diganti dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia masih dalam kajian lanjut. - Mahdzir Khalid

Sebagai guru yang berada di arena pendidikan dan orang yang memegang tanggungjawab ini melalui sendiri pelbagai perubahan dasar dari masa ke semasa. Pada permulaan pelaksanaan PBS ia nampak seperti sukar difahami, mungkin juga kerana pendedahan berkenaan PBS masih belum meluas ketika itu. 

Kemudian dihimpit pula dengan isu SPPBS iaitu sistem online yang sebenarnya boleh disifatkan  'ok', tetapi kerana kemudahan capaian internet serta masalah penyedia sistem yang tidak dapat menampung kesesakan pengguna. Selain itu, guru terpaksa berjaga malam semata-mata untuk mengisi SPPBS yang melibatkan jumlah murid yang ramai dek kerana masalah kekurangan guru. Tidak cukup dengan sistem online yang lembab guru pula dikehendaki menyediakan fail murid, fail showcase, evidens dan sebagainya.

Bagaikan mimpi ngeri, sekolah pun tiba-tiba mewujudkan bilik fail, beratus-ratus fail diwujudkan ikut jumlah murid. Pelbagai fail induk, dan anak-anak fail pun muncul. 

Setelah beberapa tahun, isu beban tugas guru diketengahkan, dan penambahbaikan pbs dilaksanakan, SPPBS dimansukan, fail-fail dikurangkan, PBS direkodkan secara offline, modul perekodan offline diwujudkan, sehinggalah ke tahun 2016 ini.

Kemudian apa yang berlaku?
Semua sekolah telah melaksanakan PBS, namun dalam masa yang sama 'exam oriented' masih berlaku, murid masih lagi dinilai berdasarkan markah peperiksaan, Ujian Akhir Tahun masih lagi dijadikan kayu pengukur. Ibu bapa masih lagi tanya markah anaknya berapa, dapat nombor berapa. Sepatutnya apabila PBS dilaksanakan, ibu bapa akan tanya, bidang apa yang anak saya masih belum kuasai, tajuk apa yang dia masih ditahap lemah. Sedangkan jika kita rujuk dasar pelaksanaan PBS sebenarnya ingin buat perubahan dari 'exam oriented' kepada Petaksiran Berasaskan Sekolah. Namun tidak boleh salahkan penjaga, kerana kita sendiri pun belum tentu cukup faham dengan PBS apatah lagi ibu bapa.

Ini realiti, biarpun sekolah mampu menunjukkan ini fail PBS kami, ini rekod pentaksiran kami, ini tahap band murid kami. Ya benar, kita melaksanakan PBS, tetapi kita juga masih tidak mampu untuk lari dari exam oriented. Kenapa? Kenapa tidak boleh kah nak buat exam? Tunjukkan kaedah apa untuk menilai tahap murid? Pasti soalan ini akan bermain di minda kita bukan. Orang yang faham PBS akan faham kenapa..

Namun begitu, tidak dinafikan banyak sekolah yang memang melaksanakan PBS dengan baik, tidak menjadikan 'murid belajar untuk peperiksaan', menilai murid berdasarkan penguasaan setiap topik dan bidang. Mungkin perubahan ke arah bukan exam oriented akan berlaku dari masa ke semasa, boleh jadi dapat dimulakan dengan pemansuhan UPSR.