RPH Automatik Excel Mudah Klik Sahaja

RPH Automatik memang selalu digemari oleh guru-guru, kerana tidak perlu lagi taip maklumat seperti Standard Kandungan, Aktiviti PdP, Objektif dan sebagainya. Sebelum ini saya ada share RPH bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kini saya kongsikan pula RPH Automatik bagi Subjek Bahasa Inggeris Tahun 4, Pendidikan Jasmani Tahun 4 dan 5 dan RBT Tahun 4.


RPH ini juga dilengkap dengan drop down menu, anda boleh klik sahaja menu yang anda ingin masukkan. Ia lebih mudah dan pantas. Kepada yang berminat bolehlah dapatkannya dan gunakan untuk menghasilkan RPH anda.


RPH Automatik ini diberikan secara percuma kepada mereka yang ingin menggunakannya, tetapi pencipta RPH ini memberi syarat iaitu sedekahkan RM5 kepada mana-mana masjid, dan niatkan pahala tersebut kepada guru-guru yang pernah mengajar kita. Semoga dilimpahi rahmat kepada pencipta Template RPH excel ini.